09 October, 2012

Le me being Dr.Love..


[Everyone have this one friend who is an expert in love and relationships but still single. 
That awkward moment when the person is you. lulz]

Bleghh. opening post yang agak eww-perasan-kinda way. nahhh. like i give a damn. hewhew..
Aaaanyway, this post is special for my clients. Yup, you know who you are. the one who always step into my 'office' and let your heart out. Guess what? you guys are the colours of my days. Jangan cakap korang menyusahkan aku or anything sebab i'm happy to help. like seriously. Setiap kali korang luahkan kat aku, the memories of been-there-done-that tu selalu terlintas kat kotak memori. Mengingatkan aku bahawa zaman remaja ni, bab-bab ni adalah antara dugaan yang kita kena tempuh. so why not kita tempuhi sama-sama kan kan kan? geytuhhh..

Sebenarnya.. nak share something ni. Aku terjumpa satu statement.

"Allah SWT telah menjanjikan jodoh kita. Jadi kita hanya perlu usaha hubungan kita dengan Dia supaya kita semakin bersedia untuk bertemu jodoh yang dijanjikan"

I mean, think about this guys, betul tak? Memang seswai untuk mereka yg selalu claim foreveralone tu. Padahal claiming about being lonely sangat tak attractive ok? The thing is.. Kita selalu sangat terpengaruh dengan kegiatan sweet-sweet di persekitaran, novel, di dalam filem atau drama, Nora Elena atau Adam Hawa misalnya. Tu la yang semua orang dok terliuq nak couple je manjang.. aku tulis 'semua orang' ok? so termasuk aku. see? we are all the same. admit je la.

So dengan berpegang pada statement diatas, letakkan rasional dihadapan dan emosi ke tepi kejap. Think carefully.. as a Muslim, statement ni memang logik kan? So masing-masing dah besar, boleh pikir sendiri, I can show you the door but you must enter it yourself. like i did. 

Word of advice : God does not simply gave you what you want, but indeed what you need.

p/s: Everything's gonna be fine. Trust me :)

-End- Assalamualaikum.


04 October, 2012

Chenta Pertama..



First love..
Kata orang, even kita dah kahwin sekali pun, kita takkan lupa first love kita. 
Kata orang juga, first love ni la yang paling sewiiit sekali. 
Kata orang sekali lagi, first love kita yang mempengaruhi love-love yang seterusnya. 
Orang tak habis kata lagi, first love ni bukan calang-calang orang dalam hidup kita. 
Ok, orang dah kehabisan kata-kata.

Aku, dengan ini, nak isytihar, yang sememang-memangnya, 100%, tanpa sebarang kompromi, bahawa segala apa yang semua orang berkata-kata itu....  Betul.

Ok tu je nk cakap. Ktengs. Kbai.

p/s: Sejak 2004 sampai sekarang, aku baru sedar, kalau pasal dia, gila susah aku nak move on. fuhhh.. 8 tahun dah oi. hebat penangan first love ni en? Aku perlukan bantuan bakal encik husband untuk melupakan sepenuhnya. 

11 September, 2012

My Life Lesson #5: The inside that counts but the outside that matters…



Problem:

“Wanita hiasan dunia”

Aku suka statement ni, just for sharing, maksud nama aku:“Perhiasanku”. So agak-agak perasan disitu. Hewhewhew. Kalau sebut je pasal ni, kalau korang rajin blog walking, most people akan tulis topik ni agak islamic-oriented sket. So maybe enough said, tapi aku nak sentuh aspek lain plak. Bukan pasal beauty inside outside, tu semua orang dah tau. Tp setakat tau je la, still gak usaha nk putihkan muka, pakai makeup ala-ala muka cam fondue atas cake gitu kan? Alah, aku pun same kengkadang. Chill la. Lumrah wanita. So, ze point is aku aku nk sentuh pasal preparation.

Kalau tanya, semua gegurlz nak kawen cepat kan? Lagi-lagi lepas tengok wedding albums orang len, tengok video-video yang kemain boleh buat butterfly dalam perut-perut berlapis gegurlz kan? Sedar tak sedar, ramai yang still ill-equip, unprepared.
Memasak? Kemas rumah? Berkongsi hidup? Bertolak ansur? Terima segala bits and pieces? ect etc.. you know the picture.

~So? Butterfly-butterfly tu ade lagi x dalam perut? Ke dah jadi grasshopper-grasshopper?~

Solution:

Dalam hal ni, aku pun terlibat sekali. Aku tak perfect pun. So solution aku dengan niat dan usaha. Itu je.

-          Memasak: Duduk asrama penuh memang takde can nk belajar masak dulu. So start slow-slow dari after SPM, until now. Alhamdulillah, pencapaian ok. Skills dah ade, tinggal hafal resepi je. Target: Husband aku nanti takkan rasa nak jejak makan luar. Kalau boleh McD pun nk homemade, secret recipe pun tunduk dengan kek aku. InsyaAllah. Haha..berangan tak hengat dunia.

-          Kemas rumah: Yang ini memang syarat wajib anak dara melayu ok? No excuses. No maids from Vietnam. No upah-upah jiran sebelah umah. Tapi bila dah kawen, husband kena la sama2 kemas umah, so pandai-pandai la berdiskusi.

-          Menerima true colours: Ini preparation mental, perempuan ni kan cerewet, tapi tak boleh jadikan itu sebab untuk membebel. Lelaki ni simple, cakap sekali, dorang macam wat bodo tapi dorang pikir dalam kepala tu. Nanti korang akan kenal la perangai dorang, jangan kata time bercinta je lelaki indah. Kite perempuan pun sama je. Sebelum tuding jari kat orang tengok silap diri dulu.

-          Anak: Bila tengok muke baby kiut-kiut tu semua hati melting je, hormon mencanak sifat keibuan. Normal. Once again berdiskusi dengan encik husband anda sekalian. Tanya opinion dia elok-elok. Jujur. Jangan ade yang tacing-tacing lak. Yang ni aku tak boleh elaborate sangat. One day semua akan faham.

Hurmm… banyak lagi aku nak sentuh ni, tapi maybe next time. Sebab kalau pasal topik ni memang aku ni kuat membebel kat girlpren-girlpren aku. Lagi-lagi pasal memasak tu, aku pressure dorang suruh belajar sebab ramai gak yang tak jejak dapur kat umah. Hilang berkat pahala masak untuk husband kau weyh. Haha.

~Until next time pada hari dan waktu yang sama. Haha. JK. Harap ilmu yang aku share akan jadi panduan pada awek-awek diluar sana. InsyaAllah. Amin~

-End?-

My Life Lesson #4: On your feet, now!



Berdikari- singkatan untuk ‘berdiri di atas kaki sendiri’.

Problem:

It’s all started when aku start belajar foreign language tahun 2009 sampai sekarang. Deutsch or German Language, aku lebih prefer guna perkataan Deutsch sebab bahasa ni digunakan oleh 4 negara sebenarnye. Germany (Deutschland), Austria, Switzerland and Liechtenstein. So cam tak adil lak Germany sorang je dpt nama. Ahak suke hati aku je. Some mind-blowing fact, huh? Bila dah belajar bahasa, mesti belajar culture, life style ect. Remaja kat sana start umur 16 tahun ke atas dah nak ade life sendiri. Rumah sewa sendiri, kerja sendiri, kumpul duit untuk sambung belajar.

~Siapa yang umur 20 tahun ke atas yang duduk dengan mak bapak dia kena kutuk kemain dashyat oleh makcik-makcik ber-drindle dok hisap cerut kat pub tu~

Kita mampu?? Kita kat Malaysia digelar tak open-minded. Sebenarnya, konteks open-minded tu bukan dari segi ehem-ehem tu je. Dari segi kematangan dan survival skills pun di kira. Aku pernah kena summoned pergi kat satu Conference antara Germany-Malaysia-Indonesia. Ade satu Dato’ berdarah jerman ni wat satu statement.

Translation: “Saya tak tau berbaloi ke tak negara Jerman nak melabur atau berkolaborasi di Malaysia dalam masa 10 tahun akan datang kalau sikap teenagers korg macam ni.”

BURNNNNNNNNN ! Tedyaaa.. terbakor semangat aku time tu wa cakap lu ! muka aku merah menahan malu tak terkata, tapi orang tak nampak sebab muka aku ni kan kaler cokelat. Lain la kalau aku ni awek mix cina. Aku ni awek mix jawa. Pun bolehhhh..

~Acaner ni weyh korg? Acaner? Acaner? Tepuk dada, tanya diri. Tepuk lemak, tanya otak~

Solution:

Nak ubah semua remaja memang tak la. Kena start dengan diri sendiri dulu. Belajar menjadi lebih matang. Belajar menjadi profesional. Belajar menjadi pemimpin. Belajar menjadi contoh. At least kesedaran itu ada. Tu paling least la. Berubah sedikit demi sedikit. Cari pengalaman, luaskan pandangan. Berusaha untuk diri sendiri dan kawan-kawan. So far, I’m working on it. And usaha aku untuk kawan-kawan dengan share cerita ni seramai yang boleh. So sape-sape yang bace ni, kalau korg tak terbakar malu macam aku, tak tau la nak cakap ape. Maybe korang takde waktu tu, orang luar negara kutuk korang depan-depan. Can’t blame anyone but ourselves, aite mates? So share la ngan kengkawan, kalau rasa nak share. I’ve played my part. 

What about you?

~Hopefully things will be better in the future. InsyaAllah. Amin~

-End-

10 August, 2012

My Life Lesson #3: No mess too messy…



Problem:

Life is a mess sometimes, especially when the unexpected happens. Even kita sebijak Sherlock Holmes pun, kalau benda nak hectic, akan terjadi jugak. Aku dah plan kemain lagi nak buat itu ini, tapi semua tak jadi. Harapan menjadi harommm. Selalu macam ni. Kengkadang aku sampai fed up, macam nak go with the flow je. Masalahnye, aku tau ke flow mane aku nak go sangat ni? Nak tak nak, kena plan gak. Hidup ini semua benda kena plan. Nak anak brape pun kena plan dengan encik husband nanti.

~Jauh sangat contoh kau bagi tu yanie. Sampai ke bulan dah. Earth to yanie, earth to yanie, hello, hello?~

Kalau plan tak jadi? Kalau hasilnya tak macam kita harapkan? Kalau semua nya disaster? Kalau terpaksa ubah flow hidup?

Solution:

Percaya tak yang semua berlaku ni ada hikmahnya? Aku percaya. Aku dah belajar, kalau aku dapat apa-apa problem or musibah aku akan pikir yang positif dulu.

1. Kalau aku dapat straight A’s time SPM dulu, aku takkan end up jadi bakal cikgu, maybe doktor or more than that. Kalau aku busy sangat in the future nanti, siapa nak jaga mak bapak aku? Aku anak sulung oi..

2. Kalau aku asyik follow kawan-kawan aku, aku takkan dapat aktif and gained experiences yg aku ade sekarang. Aku boleh cakap “Kau hade??” bebanyak kali. Puiii.. riak.

~Friends come and go, but you’ll see who your true friends are, the ones who stay~

3. Kalau aku x kena dumped dengan ex-ex aku walaupun bukan salah aku, aku takkan rasa nikmat hidup single. Ter-cheezy plak aku puiiii…haha.

~lepas korg ludah, aku rabak teruk, korg nak menyesal? Berderet koleksi sms-sms penyesalan kat inbox aku. Sorry naik lori la!~

4. Kalau aku tak rasa kena hentam dengan lecturer sebab attitude aku yang wat lek je dengan semua benda, aku takkan sedar yang aku ni bakal pendidik. Take my job and responsible seriously. At least aku tak kena hentam dengan che’gu besor kat sekolah nanti. Kui..kui..kui.

In a nutshell, quit bitching and weeping over some life problems, guys. Things happened for some reasons. Allah SWT is the Director of the story of our lives. Have faith in doa.

~Open your heart and you’ll see. InsyaAllah. Amin~

-End-

09 August, 2012

My Life Lesson #2: The first and be a good one…



Problem:

Aku anak sulung in an all-girls society, the Powerpuff girls plus one with an equal amount of 2 gadis and 2 kanak-kanak. Obviously I’m that first gadis. I’m the Professor Utonium menjaga budak-budak sugar, spice and everything nice ni. (kau noob kalau zaman kanak-kanak kau tak tengok cite ni) 

So the truth is, I’m not the perfect role model. Try to be one though. But is it enough? My aunt always says yang anak sulung ni memang keras kepala sikit, garang, degil, ikut perangai sendiri, ego tinggi etc etc. So some part of it true… *sigh* OK. OK. Most part of it true. Can’t lie, can I?

~the truth hurts but being you makes the only you in the world J~

Can I control this kind of sitution? Am I fully control of myself when I’m with my family? Am I aware of the things I’ve done for them? Are they happy to have me? And once again…the pressure is on me.

Solution:

Think that you are trying you best. Be there when they need you. Hurmm.. so far aku rela kena pau dengan dorang setiap kali keluar rumah. Yup, beratus dah habis. Aku tak kisah aku tak makan kat U nanti, asalkan tengok dorg happy. Priceless..I tell you, priceless. Seeing those smiley faces setiap kali dompet aku diselak oleh mereka-mereka. Nothing ever better. Tegas itu perlu. Garang itu bukan pendekatan yang baik.

~Tak sabar next sem amik paper Psikologi Kanak-kanak, kan cikgu yanie kan? ihik~

Banyak lagi plan aku dengan dorang ni, nak bawak adik aku yang study kat mesir ni pergi berjimba mandi manda kat air terjun. Sian dia. Mesir mane hade. And nak bawak kanak-kanak tu pergi Genting. Aku nak rasa that same feeling masa aku bawak dorang first time masuk wayang, and aku belikan their first macaroons yang diorang teringin sangat… like I said, priceless.

~To more priceless moments in my life and theirs. InsyaAllah. Amin~

-End-

08 August, 2012

My Life Lesson #1: The Real Me VS the Teacher-to-be Me…



Problem:

It’s definitely harder than I thought it’s gonna be. One day… aku… menjadi contoh anak-anak murid. Aku? Fuhh.. Peer pressure, man. It’s like pushing me to be that person everyone’s hoping for or should I say ‘shaping’ myself. 

I’m just me. The chick that rocks acoustic guitar yang selalu hangus digoreng, headphone on lagu-lagu Mayday Parade, Paramore, Christina Perri dan yang sekufu dengannya, suka usha orang guna peripheral vision, bela Sugar Glider yang macam zombie sebab suka geget orang, suka karok 5 jam non-stop, memasak stail campak-campak jadi, benci naik tangga dan makan durian.. bla.. bla.. bla..

~dah macam promosi diri je aku ni? Cuba stop and direct to ze point~

Ok. The point is, aku ni biase-biase je. Mampu ke aku bentuk anak-anak orang yang diletakkan di atas 30+ kerusi di depan aku nanti dalam bilik darjah? Mata tertumpu ke arah aku. Yup, memang la pernah atas pentas dengan ratusan mata memandang. Itu performance, ini penyampaian ilmu. Boleh jadi stage-freeze.. or in this case class-freeze #ohakutakkesahmyenglish!..

Sejak Julai 2009, aku masuk ke dunia ke-cikgu-an ni, aku nervous but at the same time I wanna live my life.

Solution:

Aku pilih untuk ambil segala-gala dikeliling aku sebagai ilmu, ilmu yang bukan saja tulisan di buku, ilmu yang bukan saja keluar dr mulut-mulut pendidik aku. Aku nak pengalaman, aku nak improve soft skills, thinking skills, comunication skills dan semua skills yang aku jumpa untuk aku bentuk diri aku. Aktif di universiti bukan bermaksud aku tak pentingkan pelajaran, yup memamg result exam aku bukan 4 rata. I’m not the brightest girl. 

So far, performance drama, koir, tarian and band aku improve the  confident in me. Jadi admin untuk event-event ajar aku tentang management. Jadual yang pack melatih kekuatan mental. Don’t you see? Ilmu.. is around us. Think positive.

~speaking like a true pendidik. InsyaAllah. Amin~

-End-

03 August, 2012

My Life Lessons : Intro


Sepanjang hidup kita, kita membesar dan belajar.. Jangan ingat umur baru 2 dekad dah rasa segala tentang hidup. Sedar atau tak, hidup ni proses. cuma kita yang tentukan proses ni berjaya atau tidak. Sama ada kita belajar atau tidak. Bukan hanya di ilmu di buku, apatah lagi di muka buku. nonsense. Nak jadi somebody one day, kena start dari seorang nobody yang belajar menjadi somebody. Somebody itu bukan bermaksud artis yang popular, ahli politik, hartawan duniawi ataupun pencapap-pencapap terkenal di youtube menyampaikan hujah-hujah tak masuk akal. (bukan matlufi atau anwarhadi ok? mereke ohsem overdose). Somebody ni, cukuplah menjadi seorang yang orang lain look up, at least family, adik-beradik sendiri. Lebih bagus jika ade kenalan-kenalan yang lain menjadikan kita contoh or idola. Tak kesah dari segi apa, maybe dari segi pergaulan kita yang sentiasa mesra, atau kekuatan kita menjaga keluarga, atau seorang yang sangat penyayang tak kisah sesiapa, atau seseorang yang tak jemu menyampaikan ilmu etc ect..

So dengan ini guwa nak buat segmen My Life Lessons untuk diri guwa yang perlu banyak untuk dibaiki. Sebenarnya, kalau apa-apa yang guwa baru belajar, guwa selalu tulis kat diary guwa or cerita kat orang len. macam sharing2 gak la. ade la sorang dua yang terbakor semangat bila guwa share. Bila cuti bosan2 dok umah ini, ape lah salahnye guwa tulis semula apa yang guwa rase guwa nak share. Takde la nak wat essay 1000 words. merepek. short and simple if possible. asalkan ilmu tu boleh share :)

So, let's start.. Bismillah..