01 February, 2011

Lelaki memilih dan perempuan terpilih :)


Lelaki memilih dan perempuan terpilih..

Dah lama aku tak tulis panjang2 dalam blog..
So sebelum habis 1 Febuari hari ni.. aku nak membebel.. haha..

Bila sentuh isu2 perempuan zaman sekarang..
memang macam2..
tapi ade satu isu yang aku nak sentuh..
bila lelaki memilih..
siapakah dan bagaimanakah ciri-ciri perempuan terpilih..

mula2 aku nak tekankan..
bukan SEMUA lelaki memilih..

aku observe banyak benda dari cerita kat tv, cerita kawan2 aku, surat khabar, majalah..
bab2 macam ni berkait rapat dengan dua benda je:
couple and kahwin..

COUPLE
terbahagi kepada dua: 'monkey-main2-cinta' or so-called 'serious relationship-hingga-ke-jinjang-pelamin'

pasal 'monkey-main2-cinta' ni aku no comment..
sebab it still shows immaturity and bodoh lagi pasal bab2 cinta ni..cinta ni anugerah.. bukan benda main-main..
kalau cinta ni boleh buat main2, xde lah puisi2 'heartbroken' yang nampak sangat mcm frust menonggeng2, sampai berbaldi2 air mata, gambar koyak2 pastu ngade2 seletip balik.. true,right?
so.. sape2 yang terjebak dlm specise 'monkey2' ni..
ko sendiri carik pasal la kan..

so peringkat ni.. lelaki banyak memilih nk buat main2, spare part, suke2, tukar perempuan macam musim, cinta konon2..
perempuan yg trpilih: hot, lawa, cun, mantap dan yg sama waktu dengan nya.. kalau yg x brape lawa tu, mmg nk buat main2 or desprately cheap..
tp aku cam x brape nk komen la pasal hal ni sbb x brape tau sgt la..*cewah budjet innocent lak aku*

then, pasal 'serious relationship-hingga-ke-jinjang-pelamin' ni dah banyak berlaku kat perempuan2 umur cam aku ni la.. baru nk masuk 20, middle 20, late 20 etc..etc..
tapi kalau ikutkan realiti sebenar..
zaman2 sekolah menengah pun dah ade..
ade yang kekal sampai sekarang alhamdulillah..
ade yang tengah jalan.. nk buat cmne dh xde jodoh..
macam2 la..

dari sini lah drpd bab COUPLE ke bab KAHWIN..
so bila sampai masa lelaki masuk peringkat ni..
siapakah dan bagaimanakah ciri2 perempuan terpilih..
to guys out there.. aku rase korg kena take note..

firstly aku amik 3 ciri2 yg jadi pilihan:

LAWA vs EDUCATED vs PANDAI MASAK

mengikut purata yg aku buat sendiri..
berdasarkan kawan2 aku, kenalan2 aku, orang2 sekeliling aku..
so cmni lah jadinya..

LAWA vs EDUCATED : 50-50
kadang2 perempuan lawa ni ade yg malas belajar sbb muka dah lawa, nk jadi model la, penyanyi la..
dorg lupe lak dh tua nnt kedut same2..

ade perempuan yg x kesah lawa x lawa..
yang penting pandai, sukses, kerjaya..
perempuan cam ni x pandang sgt bab2 cinta..

lawa + educated.. mmg ade..
tapi majority serious 'mahal' and x ramai lelaki ade bran nk approach dorg..

EDUCATED vs PANDAI MASAK
perempuan educated ni kadang2 xde masa nk belajar masak.. dorg lagi fokus exam, belajar or kerjaya..
take some small examples from the beginning..
pelajar sekolah menengah berasrama penuh..
cuba kira berapa ramai yang pandai..
fuhh.. ramai.. geliga belaka..
cuba kira berapa ramai yg balik rumah tolong mak masak kat dapur..
sikit.. tak sampai 40%.. i'm serious..
although balik rumah tolong mak masak sekali pun..
masa yang di'spend' kan kat dapur sepanjang form 1 sampai form 5 sangat la sikit.. so, no wonder la kan?
tapi xde la sampai masak nasi dengan telur pun x lepas.. tu memang melampau la..

bukan bermaksud pandai memasak itu kurang pandai ye... jangan buat diri anda dengan sengaja nak ngade2 salah faham...

but don't worry..
purata dorg 70-30..
ramai yang educated dan pandai masak :)
i'm one of them.. weeeee.. haha *ewwww...gebang lebih lak aku*
so aku jadi kan EDUCATEDLY MEMASAK.. haha

LAWA vs EDUCATEDLY MEMASAK
sad to say..purata dorg 30-70..
susah sangat nak jumpa perempuan lawa yang highly educated and pandai masak..
so.. terpulang pada lelaki tu nak kahwin dengan perempuan lawa, educated and makan luar hari2..
or nak kahwin dengan perempuan yg kurang lawa but educated and pandai masak..
biasanya satu pakej sekali dengan pandai jage anak and rumahtangga..
so korg pilih sendiri la ye..
girls, don't worry..
my dad said.. kecantikan seorg perempuan ni subjektif pada mata lelaki..
maybe korg rase korg x lawa, tapi korg pandai masak and korg educated..
sebenarnya.. akan ade lelaki yg rase korg la wanita tercantik kat dunia ni..
trust me.. been there :)

last sekali..
perempuan yang tak lawa, educated pun tak, and masak pun haram jadah tak tau...
bagi anda2 yang masuk kategori ini.. wish u all the best je la..
jadikan lah diri anda berguna..
bukan bermaksud diri anda tak berguna..
sekali lagi, jangan dengan sengaja ngade2 nak salah faham..
ade someone kat luar tu yang terima anda seadanya InsyaAllah :)
tak tau nk komen ape dah..

actually banyak lagi ciri2 perempuan ni..
fuhh.. x sangka lelaki ni cerewet gak..
bila aku tulis ni baru aku perasan.. haha

ok lah.. aku amik simple2 je la..

-tak nak perempuan yg suka mengumpat..
Korang leh kahwin dengan laptop korg, dslr korg, segala gadjet2 korg or dota yg korg agung2 kan..
sebab lumrah perempuan ialah mengumpat..
Kajian dah membuktikan perempuan hidup lebih lama dari lelaki kerana perempuan suke 'meluahkan' apa yang dorg rasa. Secara psikologi, mental perempuan lebih sihat daripada lelaki yang suka memendam atas dasar ego.

-alim
yang ni same gak cm iman.. turun naik..
ade je perempuan yg pakai tudung tapi sebenarnye tettt..
ade je yg free hair tp solat x tinggal..
yup.. dunia sekarang dh pelik..
aku no komen sbb ni isu sensitif
so pandai2 pilih..

-kemas
perempuan ayu tak semestinya kemas..
perempuan up-to-date tak semestinya kemas..
perempuan kemas time keluar g kelas or jalan2 tak semestinya kemas loker beliau..
so.. tak tau korg nak selidik dari kawan2 dia ke, or nak buat cubaan berani mati.. kahwin dulu, klu x kemas rumah nnt ko cerai je..
cam bongek je idea aku.. *desyumm kat diri sendiri*

-tau pasal kereta
hurmmm.. ni satu hal..
cube kalau agak2 perempuan letak pulak ciri2 lelaki yang dorang nak ni tau hal2 dapur..
agak kejam disitu bagi pihak lelaki kan..
begitu juga la kejam pabila dengan tragisnya perempuan dilabel 'boring' bila x tau pape pasal kereta.. lu pikir sendiri ye bai..

-up-to-date dengan fesyen
kadang2 ade lelaki yang rimas sgt bila perempuan yang dok lilit2 tudung kat kepala cm cubaan bunuh diri.. tapi mengadu awek nampak 'kampung' lak..
ade lak yang bangga dengan awek dia moden ikut aliran zaman.. tapi asyik mengadu sengkek duit bila awek pau duit sbb nk follow fesyen bagai2..
ade lak yang terima seadaanya..
terpulang la kat korg k.. taste masing2..

dengan tiba2 wujud rase malas aku nk sambung benda ni panjang2..
dah la...
kang nnt x pasal2 org label aku macam2 lak..
aku tulis je ikut ape yang aku nk tulis..
bukan nk berlagak bagus..
bukan nk berlagak cm aku pilihan jejaka malaya..
saje2 nak kupas isu ni..

so dengan ini aku umumkan..
benda ni hanya atas dasar observation manusia yang kurang sempurna dan bukan berniat utk terlalu pesismis terhadap semua benda..

semoga korg happy baca :)

4 comments:

  1. haha~ nice try dear ^^

    apa2 pun.. kena yakin pada diri sendiri..
    we are the best.. so.. cuba2 lah jadi yang terbaik.. sbb.. bila kita dah buat yang terbaik.. kite takkan rase down sgt bile org buat ape2 kat kite.. heee ^^

    ReplyDelete
  2. thnx :) btw, any comment pasal post ni ? macam terlalu negatif ke or x brape elok ke?

    ReplyDelete
  3. salam..tak pakai tudung,tapi solat penuh?ermm..sila check balik solat anda.solat membawa kita kepada kesempurnaan ibadah,melakukan kebaikan dan meninggalkan larangan Allah.tutup aurat itu wajib.xde kompromi.bila solat tapi masih tak tutup aurat,faham2la sendiri mcm mana kualiti ibadah solat kita..tutup aurat pun mesti dengan betul.

    ReplyDelete