01 June, 2011

Kenapa?


Kenapa kau masih sayangkan dia, walaupun dia dah tinggalkan kau ??

Kenapa kau masih sayangkan dia, walaupun dia dah buang kau ??

Kenapa kau masih sayangkan dia, walaupun dia dah hancurkan hati kau ??

Kenapa kau masih sayangkan dia, walaupun dia dah pijak cinta kau ??

Kenapa kau masih sayangkan dia, walaupun dia runtuhkan mahligai kau ??

Kenapa kau masih sayangkan dia, walaupun dia pergi tanpa belas ??

Kenapa kau masih sayangkan dia, walaupun kau menangis dia pandang kau penuh benci ??

Kenapa kau masih sayangkan dia, walaupun dia tak pernah pikir susah kau ??

Kenapa ?? Kenapa ?? Kenapa kau masih sayangkan dia?


SEBAB ......


bila dia tinggalkan aku ...

aku sedar kelemahan diri aku itulah punca dia pergi ...


bila dia buang aku ..

aku makin dekat dengan Tuhan,

dan aku tahu ujian ini untuk aku baiki diri ..

bukan merosakkan diri aku dgn kebencian


bila dia hancurkan hati aku ..

aku teringat betapa banyak hati dia aku hancurkan ,

tanpa aku sedari ..


Bila dia pijak cinta aku ..

aku tahu cinta itu sudah lama tak berkembang, tak dibaja..

atas kelalaian dan kealpaan aku ..

bila dipijak baru aku tercungap untuk bernafas ,

dan cuba bangun dan kembang semula


Bila dia runtuhkan mahligai aku ..

saat itu , ia hanya mahligai kaca ..

yang pudar sinarnya

hanya tiang cinta yang mmbuat ia terus berdiri ..


Bila dia pergi tanpa belas ...

Aku kenal dia , aku tahu dia berperang dengan diri ...

mencari kekuatan untuk berlalu..

ya..aku kenal dia


Bila dia pandang aku penuh benci ...

itu kerana dia sayang aku , walau dia cuba nafikan..


Bila dia tak pernah pikir susah aku ..

sebenarnya dia tak pernah berhenti memikirkan aku ..


dan kerana itu ,

aku still sayang dia ..

dan mengharapkan peluang dari Tuhan untuk perbaiki segalanya ..

dan aku berjanji ,

walau sesaat aku takkan sia kan ...

2 comments: